Death metal adalah sejenis subgenre bagi muzik heavy metal yang berkembang daripada Thrash Metal semasa awal 1980-an. Ciri-ciri yang biasa dikenali termasuk janjang ritmik serta berkroma dan naratif atau struktur lagu "bercerita" (Nick Shirley) yang tidak mempunyai kitaran rangkap korus tetapi cuma mempunyai perkembangan tema dan motif. Dari segi estetik, ia biasanya dikenal pasti dengan irama gitar yang hebat, bunyi tukulan yang cepat serta kehebatan yang dinamik. "Blast beat" seringnya digunakan untuk bertambah keganasan muzik. Lazimnya, vokal muzik ini merupakan bunyi mengagah yang dinamakan "growl", "death growl", ataupun "death grunt". Bunyi bernyanyi ini sengaja diganggu melalui penggunaan kerongkong. Perbuatan in amat berbeza daripada teknik bernanyi tradisional yang tidak menggalakkan perbuatan ini. Wartawan muzik, Chad Bowar, memerhatikan bahawa gaya ini kekadangnya dinamakan "vokal Cookie monster" [1] kerana vokal ini hampir sama dengan "pekikan yang tidak dapat difahami". Mereka yang tidak biasa dengan genre ini kekadang keliru antaranya dengan "Deathrock". Perkara death metal biasanya melibatkan tema yang lebih nihilistik berbanding genre yang lain dan menggunakan metafora yang mengerikan atau "jahat" untuk menggambarkan konsep yang lebih besar. Tumpuannya kepada kematian serta sifat muzik ini yang keterlaluan mungkin menyebabkan penamaan genre ini sebagai "death" metal. Lazimnya, death metal dikenali dengan tempo tiba-tiba dan penukaran tanda kiraan/masa, serta permainan gitar dan dram yang terlalu rancak dan rumit, walaupun ia tidak selalu semacam ini. Pancaragam genre ini sering menggunakan gitar dan gitar bes yang ditala turun dan diherot-benyot serta set dram yang hampir sejagatnya mengandungi dua buah dram bes. Walaupun ini merupakan set yang piawai, pancaragam muzik genre ini pernah menggabungkan alat muzik yang lain seperti keyboard. Death metal amat meletihkan pemain muzik, khususnya dalam bentuk yang lebih "teknikal".
Tidak ada entri.
Tidak ada entri.